Edisi Wanita (Rekaan Flora)

Edisi Wanita Terbaru ini dihasilkan dengan corak Flora yang nampak eksklusif. Bagi mereka yang sentiasa nak berdamping dengan Al-Quran, tapi risau nampak macam ‘ustazah’ sangat, nak jaga hati dari riak dan malu di ‘judging’ oleh kawan rapat. Maka, design moden seperti Edisi Wanita terbaru ini mungkin sesuai dengan citarasa anda. Selain ia boleh jadikan sebagai peneman di dalam kereta sewaktu trafik jam, di bilik pejabat, anda juga boleh wakafkan/hadiahkan di surau-surau anda solat. Semoga kita semua lebih dekat dengan Al-Quran dan negara kita selamat daripada sebarang ancaman wabak. Amin Ya Rabbal a’lamin.