Dasar Pembatalan, Pemulangan & Bayaran Balik
Kemas kini terakhir: 6 Oktober 2026
Pembatalan Pesanan
Pesanan boleh dibatalkan sebelum ia dihantar. Sila hubungi kami secepat mungkin dengan nombor pesanan anda. Jika pesanan masih belum diproses atau dihantar, kami akan membatalkannya dan bayaran balik penuh akan diberikan.
Bayaran Balik (Refund)
Bagi pembatalan yang diluluskan, atau item yang diterima rosak atau tersilap hantar, bayaran balik akan dikembalikan ke kaedah pembayaran asal anda dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja selepas permohonan diluluskan.
Tempoh Tukaran
Kami menawarkan tukaran dalam tempoh 7 hari dari tarikh anda menerima pesanan, bagi item yang belum digunakan dan masih dalam keadaan asal berserta pembungkusannya.
Cara Memohon
- Hubungi kami di webquranhumaira@gmail.com dengan nombor pesanan dan sebab pembatalan atau tukaran.
- Kami akan berikan arahan untuk pembatalan atau menghantar semula item.
- Setelah disahkan, bayaran balik, tukaran atau penggantian akan diproses.
Kos Penghantaran Tukaran
Kos penghantaran untuk menghantar semula item ditanggung oleh pelanggan, kecuali jika item yang diterima rosak atau tersilap hantar.
Item Rosak atau Tersilap
Jika anda menerima item yang rosak atau tidak tepat, hubungi kami dalam masa 48 jam dengan gambar sebagai rujukan. Kami akan menggantikannya tanpa kos tambahan.
Pengecualian
Item yang telah digunakan, telah diukir nama, atau rosak akibat salah penggunaan tidak layak untuk pembatalan atau tukaran.
